Seperti semua orang yang pernah diet (tapi tak pernah berjaya sampai ke target weight), saya dah mencuba pelbagai cara diet dan berjaya mengenalpasti kelemahan diri dalam berdiet ini. Antara diet dan produk diet yang aku pernah try
- Duromine - ni ubat diet yang pada saya banyak side effect dan rebound effect- maksudnya kalau stop je makan ubat ni, perut aku jadi macam endless bottom- makan tak kenyang2!
- Pastu try le pelbagai produk di pasaran- herbal life (ni ok cuma semangat aku je tak ok), jus mate 5 (ni mcm filem dia jugak la- hampeh!), and ada satu produk paling mahal aku pernah beli rm 700 tapi tak ingat plak jenamanya..dan lagi..dan lagi.
- Diet kurang makan- takde de kurang
- Low calorie diet - malas dah nak kira kalori
- Atkins Diet- berjaya pada awalnya pastu semangat hilang tinggal badan je masih kus semangat!
- yang utamanya : HANGAT-HANGAT TAHI AYAM! Tu yang jadi Yoyo diet.
- EMOTIONAL EATER- selalu tewas apabila stress or feeling down terus grab food.
- CRAVINGS - sebab semangat tak kuat la ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan