Selasa, 26 April 2011

Tahu, tapi...

Bosan! Balik2 benda yang sama. Bukan tak tahu tapi semangat takde langsung. Tak mcm masa sekolah dulu, azam kuat. Sejak bekerja ni, makin malas sbb takde exam dan takde cikgu nak tegur. I want to start small. So no dinner. Tu pun susah ke?

Ni dah Rabu dah ni. Asyik bagi can je. Bila nak turun berat tu. Dah le tak exercise. How did I end up like this? Where is my will power and passion. I used to enjoy working out. Tak leh jadi ni. Please buck up! If you fail to plan then you r planning to fail..this used to be my favourite quote when i was in form 5.

Apa nak jadi....

Ahad, 24 April 2011

Just Do it

Macam tag line nike tu..it's a very good tagline! Setelah beberapa hari muhasabah diri (dan melepaskan kempunan makan durian semalam--heheh :)), dengan rasminya diet saya bermula hari ini. So saya malas nak tulis2 diary, jadi blog ini la akan jadi diary pemakanan.

Seperti semua orang yang pernah diet (tapi tak pernah berjaya sampai ke target weight), saya dah mencuba pelbagai cara diet dan berjaya mengenalpasti kelemahan diri dalam berdiet ini. Antara diet dan produk diet yang aku pernah try
  • Duromine - ni ubat diet yang pada saya banyak side effect dan rebound effect- maksudnya kalau stop je makan ubat ni, perut aku jadi macam endless bottom- makan tak kenyang2!
  • Pastu try le pelbagai produk di pasaran- herbal life (ni ok cuma semangat aku je tak ok), jus mate 5 (ni mcm filem dia jugak la- hampeh!), and ada satu produk paling mahal aku pernah beli rm 700 tapi tak ingat plak jenamanya..dan lagi..dan lagi.
  • Diet kurang makan- takde de kurang
  • Low calorie diet - malas dah nak kira kalori
  • Atkins Diet- berjaya pada awalnya pastu semangat hilang tinggal badan je masih kus semangat!
Kelemahan
  • yang utamanya : HANGAT-HANGAT TAHI AYAM! Tu yang jadi Yoyo diet.
  • EMOTIONAL EATER- selalu tewas apabila stress or feeling down terus grab food.
  • CRAVINGS - sebab semangat tak kuat la ni...
So, camne nak buat ni? Well, saya mengharapkan blog ni dapat membantu saya. Saya akan tulis segala mak nenek perasaan dan pemakanan saya dalam ni...dan bila dah berjaya slim akan kucanang blog ni sebagai pembakar semangat.

Rabu, 20 April 2011

Self Motivation

Susahnya nak memberi perangsang pada diri sendiri! Setiap orang yang berjaya mesti ada self motivation yang tinggi kan..Ye la kalau tak dipecahkan ruyung mana la dapat sagunya.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

For me, I need motivation to get slim. Bukan nak slim macam Fasha Sandha tapi takat 70-80kg pun ok la..(aku skrg dah 3 angka ye! Crazy siot!). Ni aku jumpa 8 steps of self motivation from web lifehack.org.
Bole apply kepada mana2 situasi- nak pas exam ke, nak naik pangkat ke, in my case to get slim.
  • 1. Start simple.  -aku nak mula ngan no dinner je dulu.

  • 2. Keep good company. - blog ni la jadi my companion coz i am a shygal. heheh!

  • 3. Keep learning. .- yep! mcm2 diet aku baca south beach, atkins, counting calories.

  • 4. Stay Positive. - ni la masalahnya..up and down

  • 5. Stop thinking. - JUST DO IT! yeah!

  • 6. Know yourself. - appetite tahap godzila!

  • 7. Track your progress. - dlm blog nih la..

  • 8. Help others - uols la..kita tolong menolong ye..


  • Bab nak suruh aku bangun exercise aku perlu motivasi spt di bawah! Kalau jumpa page aku ye..